DISCLAIMER

i am not a medical doctor nor a lactation counsellor. this is my personal blog where all my writings here are based on my experience, readings and discussions, and is mainly for sharing and educational purposes.

Ostematrix



OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
OsteMatrix adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.
Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.
TULANG manusia berada dalam keseimbangan dinamik di mana berlakunya keadaan sel-sel membaiki dan memulihkan struktur tulang.
Kerapuhan tulang (osteoporosis) akan berlaku sekiranya kerosakan dan kehilangan tulang berlaku lebih cepat daripada pemulihannya.
Akibatnya tulang menjadi mudah patah, rosak dan lebih sensitif.
* Rapuh
Bahan asas tulang adalah kalsium dan protein. Ada dua jenis tulang di dalam badan kita, satu jenis padat dan satu lagi jenis berspan. Yang jenis berspan sering kali dikesan mengalami kerapuhan seperti di tulang belakang, pinggul dan juga pergelangan tangan.

Sebelum berumur 30 tahun, pembentukan dan penggantian struktur tulang banyak berlaku dan lebih pantas dari kerosakan yang berlaku. Tetapi selepas umur menjangkau 30-an, proses dinamik tulang berubah di mana kerosakan serta pelarutan tulang lebih pantas berbanding pemulihannya.

Walaupun begitu, tidak banyak permasalahan yang timbul melainkan kehilangan dan pelarutan tulang menjadi terlampau teruk sehingga membawa kepada osteoporosis. Walaupun saiz tulang berspan sama sahaja sebelum dan selepas umur yang dinyatakan, ketumpatannya akan berbeza dengan peningkatan usia.

Paling jelas sekali pada bahagian dinding tulang yang menipis dan lubang-lubang pada tulang bersepan menjadi lebih besar dan melemahkan struktur tulang. Hormon estrogen banyak memberikan implikasi pada sifat tulang. Hormon ini memperlahankan kejadian kerapuhan tulang dan seterusnya mengurangkan kejadian patah tulang pinggul dan kecacatan tulang belakang.

Lazimnya dalam praktis perubatan, hormon estrogen digunakan hanya untuk meredakan gejala-gejala kepanasan badan akibat dari menopaus. Sebagaimana yang dinyatakan tadi, kerapuhan tulang berlaku sebelum  mengalami menopaus.

Kerapuhan tulang biasanya memberikan kesakitan pada tulang belakang serta sakit bila disentuh. Ketinggian akan menurun dan mungkin menyebabkan pembengkokkan pada tulang belakang akibat dari kerapuhan dan tulang pecah yang boleh membawa kepada pembongkokan badan seperti cerita melayu lama, nenek kebayan bertongkat. Pada umur yang lanjut, kepatahan tulang boleh mencacatkan serta merosakkan kehidupan harian dan juga boleh memberikan kesan negatif dalam jangka masa panjang.







Takut Osteoporosis?suka sakit-sakit pinggang?lena yang tak nyenyak? ...Ostematrix la penyelesaiannya.. jangan segan-segan atau malu-malu untuk dapatkan produk ini dari saya. Sila hubungi di tulippenang@yahoo.com atau hayatipawan@gmail.com dan boleh sms saya di 017-4077801 untuk keterangan lebih lanjut.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan