Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana
yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk
keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang
diperah selamau untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang
betul.
Menyimpan Susu Ibu:
Menyimpan Susu Ibu:
- Botol
     susu kecil amat sesuai digunakan.
 - Bekas
     kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti
     sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
 - Bag
     sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama
     Medela, Avent, Gerber, Playtex.
 - Jangan
     menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan
     susu.
 
Membersihkan Bekas
Penyimpanan:
- Basuh
     bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
 - Biarkan
     bekas kering di tempat yang bersih.
 - Anda
     juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual
     di kedai bayi atau farmasi.
 
Panduan Menyimpan Susu Ibu:
- Sejukkan
     susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
 - {mosimage}Labelkan
     bekas dengan tarikh dan masa perahan.
 - Simpan
     susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan
     pembaziran.
 - Sejukkan
     susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang
     sudah sedia sejuk.
 - Jangan
     isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu
     mengembang semasa proses sejukbeku.
 
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta
nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.
Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.
Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
- Suhu
     bilik, atas 25°C: 4-6 jam
 - Bekas
     penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
 - Peti
     sejuk 1 pintu
 
Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu:
- bahagian
     fridge 4°C: 7 hari
 - bahagian
     freezer -15°C: 2 minggu
 - Peti
     sejuk 2 pintu
 - bahagian
     fridge, 4°C: 5 hari
 - bahagian
     freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
 - Deep
     freezer -20°C: 6 bulan
 
Penting:
- Susu
     ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam
     selepas diperah.
 - Tempatkan
     bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
 - Jika
     telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
 
Menyahbeku Susu Ibu:
- {mosimage}Susu
     ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24
     jam jika disimpan di dalam peti ais.
 - Susu
     ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
 - Semak
     tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
 - Nyahbekukan
     susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
 - Lalukan
     bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula
     cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
 - Jangan
     cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam
     mangkuk yang berisi air panas.
 - Jangan
     mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven
     atau di atas api.
 
Panduan Memberi Susu Ibu:
- Goncang
     perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda
     sebelum menggunakannya.
 - Pegang
     bayi semasa memberinya susu perahan.
 - Jadikan
     penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
 - Sendawakan
     bayi selepas memberi susu perahan.
 - Gunakan
     susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan