DISCLAIMER

i am not a medical doctor nor a lactation counsellor. this is my personal blog where all my writings here are based on my experience, readings and discussions, and is mainly for sharing and educational purposes.

Kurang Darah Semasa mengandung

Seronok tengok sahabat-sahabat di sekeliling mengandung dan menyusukan anak..tapi kekadang masalah kekurangan darah dan alahan menghantui mereka...sama seperti saya dulu.

Langkah yang perlu di ambil untuk meningkatkan paras hemoglobin darah melalui pengambilan zat besi yang cukup....Macam saya dahulu setiap kali mengandung mesti minum kopi..sebab jika tak minum memang tekak rasa loya dan akan muntah tak kira waktu jika tak minum kopi. Tapi kopi akan menyerap semua zat-zat yang perlu....Jadi jarakkan pengambilan kopi dengan vitamin-vitamin yang anda ambil.


Bagaimana nak tahu anda menghidap anemia semasa mengandung ni?

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

  • Kelihatan pucat
  • Sentiasa rasa letih lesu
  • Rasa mahu pitam bila bangun
  • Sentiasa rasa pening
  • Bengkak kaki dan muka
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan hati berdebardebar


Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:


  • Anda mungkin mengalami keguguran
  • Melahirkan anak tidak cukup bulan
  • Anak mati dalam perut
  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
  • Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
  • Keluaran susu badan akan berkurangan
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin

Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT.


Jadi pastikan anda mempunyai hemoglobin yang sepatutnya. Berikut adalah 

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan



Untuk mengatasi masalah kekurangan darah ini, kita boleh tambah zat besi dengan mengambil Vitalea, selain vitamin - vitamin lain yang diperlukan semasa mengandung.





Vitalea/multivitamin   - Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting     
                                                   yang diperlukan oleh orang dewasa.

                        - Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

            - Menyokong sistem imun.

             




Tiada ulasan:

Catat Ulasan