Salam semua...
Hari ni kita dah masuk hari yang ke 5 dalam bulan Ramadhan. Macam mana semua? Tahap kesihatan berada dalam keadaan yang tip top lagi? atau ada yang dah rasa kurang enak di tekak sebab kering...sakit2 mulut...atau panas badan... itu menunjukkan kita berpuasa dengan sesungguh2nya...tapi kita boleh kurangkan dengan mengambil air masak yang secukupnya selepas berbuka.
Meh kita tengok kesan puasa ke atas fizikal dan psikologi kita...
Kesan fizikal ini termasuklah, merendahkan paras gula dalam darah, kolesterol
dan tekanan darah sistolik.
Malah, berpuasa pada bulan Ramadan adalah
saranan paling ideal sebagai rawatan penyakit diabetes yang tidak bergantung
pada insulin yang ringan dan sederhana, obesiti dan hipertensi yang tidak
diketahui puncanya.
Begitu juga dengan kesan psikologi. Selain
ketenangan dan kedamaian minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam
darah yang semakin stabil.
Seperti yang dimaklum, perut adalah `rumah' kepada penyakit dan mencegah
intipati utama adalah dalam perubatan.
Cara terbaik ketika makan,
komposisi perut perlu dibahagi tiga iaitu satu per tiga untuk makanan, satu per
tiga untuk air dan satu per tiga untuk udara.
Pada zaman yang dilengkapi
dengan segala macam kelengkapan mesin yang sofistikated, kita tidak bertemu
dengan satu mesin yang agak rapuh tetapi efisien seperti perut.
Mesin
ini menerima makanan, memproses dan menyebarkannya ke seluruh anggota tubuh.
Perut umpama mesin sepanjang hayat ini bekerja sepanjang masa tanpa henti.
Tetapi, apabila perut dikosongkan daripada `makanan', secara tidak
langsung ia dapat rehat yang secukupnya.
Ketika berpuasa, perut akan
mengeluarkan bahan-bahan buangan berbahaya yang disingkirkan melalui proses
detoksifikasi.
Amalan makan secara berlebihan, diet yang tidak seimbang
dengan kuantiti karbohidrat yang tinggi dan makanan berlemak, semasa berbuka
boleh menyumbang banyak masalah kesihatan.
Ini termasuklah
hiperglisemia, pertambahan berat badan dan rasa tidak selesa pada perut.
Rasa tidak selesa pada perut antara masalah yang sering berlaku ketika
Ramadan. Ia berpunca daripada tabiat buruk yang suka makan banyak sejurus
selepas berbuka.
Sebaik-baiknya, perut perlu `dipanaskan' dengan makanan
yang ringan bagi membolehkan proses penghadaman berjalan lancar.
Setelah
berpuasa, tubuh memerlukan sumber tenaga dalam bentuk glukos untuk setiap selnya
terutama, otak.
Sumber terbaik ialah kurma atau jus kerana kedua-duanya
adalah sumber gula ringkas paling baik yang dapat menurunkan glukos dalam darah
menjadi normal.
Jus dan sup membantu mengekalkan keseimbangan air dan
garam galian dalam badan.
Sebaik-baiknya, elakkan makan terlalu banyak
ketika berbuka puasa, makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan
sebagainya.
Perut yang terlalu penuh dengan makanan, boleh membawa
banyak masalah kesihatan seperti pernafasan dan tidur.
Sehubungan itu,
untuk kekal sihat, sepanjang Ramadan, makanlah makanan mengikut kumpulan makanan
secara sederhana dan seimbang.
Di bawah ni ada testimonial seorang pengguna shaklee yang mengambil Performance Drink dengan Meal shake. Boleh lihat hasilnya.
Tak nak cuba ker?
Hubungi saya di tulippenang@yahoo.com atau hayatipawan@gmail.com atau sms di 017-4077801 untuk keterangan lebih lanjut.
Mudah-mudahan puasa kita diberkati ALLAH.
kredit to Majalah.